♥ DOA permudahkan segalanya ♥



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Ya الله ,ampuni segala dosa-dosa ku,ampunilah segala dosa kedua ibu bapa,guruku serta rakan seperjuangan ku..Ya ALLAH kuatkan iman ku semoga aku tidak terpengaruh,Ya ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani,bantulah aku serta rakan seperjuangan ku di dalam pelajaran,tingkatkan kehidupannya,mudahkan rezekinya,sehatkan badannya.

Ya ALLAH,seandainya dia miliku,kau kuatlah kasih sayang kami..Jika dia bukan miliki ku,kau luputkan dia dari ingatanku.Sesungguhnya aku tidak sekuat itu..

Jika dia melangkah,slmtkanlah dia,mudahkan langkahnya...

أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

10 February 2011

♥ fasa 1 & 2 sebelum kawen adalah merisik + pertunangan :D ♥

coretan si gades kesepian


Pertunangan adalah tempoh untuk mengenali pasangan masing-masing sebelum melangkah ke alam seterusnya iaitu perkahwinan. Dalam tempoh setiap pasangan bolehlah samada bertanya dengan bakal ibu bapa mertua, dengan orang yang rapat mengenai diri pasangan tersebut. Orang yang menerangkan pula hendaklah menceritakan dengan adil samada kebaikan atau keburukan yang ada pada bakal pengantin lelaki atau perempuan.

Dalam pada itu, tempoh bertunangan bukanlah lesen yang menghalalkan untuk bermesra dan berdua-duaan kerana ia adalah haram dan tidak diredhai oleh ALlah.

Sabda RasuluLlah yang bererti : Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duaan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka (Riwayat Bukhari bab Nikah)

Memang dalam tempoh bertunang banyak dugaannya. Bahkan nantinya dah berkahwin pun ada dugaan. Pendek kata, selagi kita bernama hamba ALlah sentiasa diduga dengan bermacam-macam dugaan. Iman menjadi penentu apakah ia dapat menjadikan kita sebagai seorang yang sabar atau tidak dalam menerima dugaan yang mendatang.

Semoga sesiapa jua yang masih dalam tempoh bertunang dapat menjaga adab, akhlak dan tatacara sebagai seorang Muslim dan Muslimah yang baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan pula.

WaLlahua'lam

Rujukan : Dr Mustofa al Khin, dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji, Feqh Manhaji







*meh cni tengok...jari sape haa ?? :p

merisik ?tunang ?
bukan alasan untuk berdua-duaan 
^_^


* tunang + merisik *



 







No comments:

Post a Comment

: the president :

My photo
KEDAH - KUALA LUMPUR! ~ Saya bkn penulis yg hebat tetapi saya hanya suka berkongsi cerita suka & duka tentang hidup saya !