♥ DOA permudahkan segalanya ♥



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Ya الله ,ampuni segala dosa-dosa ku,ampunilah segala dosa kedua ibu bapa,guruku serta rakan seperjuangan ku..Ya ALLAH kuatkan iman ku semoga aku tidak terpengaruh,Ya ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani,bantulah aku serta rakan seperjuangan ku di dalam pelajaran,tingkatkan kehidupannya,mudahkan rezekinya,sehatkan badannya.

Ya ALLAH,seandainya dia miliku,kau kuatlah kasih sayang kami..Jika dia bukan miliki ku,kau luputkan dia dari ingatanku.Sesungguhnya aku tidak sekuat itu..

Jika dia melangkah,slmtkanlah dia,mudahkan langkahnya...

أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

20 February 2011

♥ JODOH : JANGAN mencari yang terlalu sempurna :) ♥

coretan si gades kesepian



* hubungan yang baek seperti kecerahan warna bunga :) *




JODOH: jangan mencari yang terlalu sempurna... 
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

10 February 2011

♥ fasa 1 & 2 sebelum kawen adalah merisik + pertunangan :D ♥

coretan si gades kesepian


Pertunangan adalah tempoh untuk mengenali pasangan masing-masing sebelum melangkah ke alam seterusnya iaitu perkahwinan. Dalam tempoh setiap pasangan bolehlah samada bertanya dengan bakal ibu bapa mertua, dengan orang yang rapat mengenai diri pasangan tersebut. Orang yang menerangkan pula hendaklah menceritakan dengan adil samada kebaikan atau keburukan yang ada pada bakal pengantin lelaki atau perempuan.

Dalam pada itu, tempoh bertunangan bukanlah lesen yang menghalalkan untuk bermesra dan berdua-duaan kerana ia adalah haram dan tidak diredhai oleh ALlah.

Sabda RasuluLlah yang bererti : Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duaan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka (Riwayat Bukhari bab Nikah)

Memang dalam tempoh bertunang banyak dugaannya. Bahkan nantinya dah berkahwin pun ada dugaan. Pendek kata, selagi kita bernama hamba ALlah sentiasa diduga dengan bermacam-macam dugaan. Iman menjadi penentu apakah ia dapat menjadikan kita sebagai seorang yang sabar atau tidak dalam menerima dugaan yang mendatang.

Semoga sesiapa jua yang masih dalam tempoh bertunang dapat menjaga adab, akhlak dan tatacara sebagai seorang Muslim dan Muslimah yang baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan pula.

WaLlahua'lam

Rujukan : Dr Mustofa al Khin, dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji, Feqh Manhaji







*meh cni tengok...jari sape haa ?? :p

merisik ?tunang ?
bukan alasan untuk berdua-duaan 
^_^


* tunang + merisik *



 







09 February 2011

♥ WANITA penyeri dunia ♥

coretan si gades kesepian ~

* aku cipta dari rusuk kaum adam ! *




Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


01 February 2011

♥ saya sayang awak sangat-sangat :D ♥

* coretan si gades kesepian ^_^ *


yup ~ itu realitinya..
saya amat menyayangi awk.

kpd kawan-kawan  mesty korang nak tau kan siapakah insan yg aku maksudkan tu, aku mntak maaf sbb xleh nak bagi tau skrg.. aku jnji bila smuanya dah okay,aku janji akan bagitau korang~

ye la, selama ni kawan-kawan yang banyak bg support msa aku tengah sedih. tunggu la masa dan ketika yang sesuai, aku akan berterus terang. cuma apa yang aku harapkan korang  doakan kebahgiaan aku.. 




:)

"i'll be with you,i'll stay by your side honest and true,
till the ned of my time,i'll loving youu,loving youu ! "


: the president :

My photo
KEDAH - KUALA LUMPUR! ~ Saya bkn penulis yg hebat tetapi saya hanya suka berkongsi cerita suka & duka tentang hidup saya !